Thursday, August 24, 2017

Tawaran Harga Rendah Dari Shopee Malaysia

Selamat tengahari semua! 

So hari ni saya nak share satu berita baik, especially untuk mereka-mereka yang suka shopping online! Disebabkan mendapat sambutan hebat daripada pengguna pada tahun lepas, Shopee kini kembali menganjurkan kempen "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" yang menawarkan ribuan produk dengan tawaran yang hebat daripada para peniaga mereka. Untuk pengetahuan anda semua, produk-produk ini akan dipromosikan menerusi Kempen Jualan Harga Terendah Shopee.



Jadi, "Shopee's 9.9 Online Shopping Day" ni bukan hanya berlangsung selama satu hari, sebaliknya ia akan berlarutan sehingga 20 hari! Menarik kan? Bermula pada 23 Ogos hinggalah ke 11 September 2017, Shopee akan menawarkan sehingga 90% diskaun daripada pelbagai jenama terkenal seperti Nestle, Watsons, Super, Unilever dan juga Seng Heng! 90% tu! Rugi kalau tak shopping sekarang!